22 November 2009

Kejayaan

OPKIM 0813 telah tamat akhirnya dan kejayaan tercapai... Segala usaha dan kerjasama kita telah berbuah dan berhasil akhirnya, meninggalkan nostalgia dan kenangan yang terindah di dalam hati setiap peserta OPKIM...

Sekarang, tibalah masa untuk kita sama-sama menghayati gambar-gambar dan video yang tercatatnya titik peluh kita sepanjang OPKIM ini, namun hal ini memerlukan kerjasama setiap peserta OPKIM apabila kita memulakan Sem 3 minggu depan. Kepada sesiapa yang mengambil gambar atau video dengan kamera atau handphone sepanjang OPKIM, sekiranya anda ingin berkongsi gambar dan video bersama-sama, sila passkan gambar dan video anda kepada Khai Pin dalam minggu pertama Sem 3 secepat mungkin...

Untuk makluman anda, Bahagian Dokumentasi telah berjaya mengambil dan merekod lebih daripada 1000 gambar dan video dan ruangnya sebesar 9 Mb! Bilangan dan ruang ini belum lagi termasuk gambar-gambar dan video yang anda ingin berkongsi bersama-sama lagi... Oleh itu, Bahagian Dokumentasi sekarang berhadapan dengan masalah bagaimanakah gambar dan video ini dapat kita pass kepada semua peserta OPKIM dengan berkesan... Berikutlah cara-cara yang kami dapat fikir sekarang dan kami memerlukan cadangan dan vote anda (dalam chatbox di sebelah kanan)...
1. Upload dalam Picasa Web Album dan semua orang download dari sana (cara ini cuma dapat upload gambar sahaja, video tak boleh, dan rasanya bukan semua peserta yang tahu kewujudan blog ini)
2. Simpan dalam pendrive dan pass kepada setiap Exco bahagian, seterusnya Exco yang pass bagi AJK mereka sendiri (cara ini berkesan tetapi ruang dalam pendrive tidak mengizinkan)

Marilah bersama-sama memberi cadangan dan berkongsi kenangan... Terima kasih...

0 comments: