29 August 2009

Kertas Kerja OPKIM Telah Diluluskan!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pada 24 Ogos yang lepas, timbalan pengarah I OPKIM, saudara Idrul, telah membuat kunjungan ke PPUKM bersama kereta Myvinya untuk mengambil kertas kerja OPKIM yang akhirnya telah disahkan oleh timbalan dekan akademik, Prof Zaleha Mahdy. Setelah bekerja keras selama berminggu-minggu menyiapkan kertas kerja tersebut, kegembiraannya tidak dapat disembunyikan lagi...

Setelah itu, beliau terus ke UKM Bangi dengan hasrat hendak menyerahkan kertas kerja tersebut ke Pusat Perkembangan Pelajar (PPP). Walaubagaimanapun, kertas kerja itu direject atas beberapa sebab, iaitu kekurangan surat memohon kelulusan dan sumbangan PPP dan kekurangan tandatangan Yang Di-Pertua PERSIAP. Maka dengan rasa kecewanya, saudara Idrul terus berpatah balik pulang ke KTSN.

Diharap untuk program-program yang akan datang, sediakan surat memohon kelulusan dan ada tandatangan YDP PERSIAP terlebih dahulu sebelum pergi Bangi. Kalau tak, buat penat je. Namun, kami sempat mengambil beberapa gambar di UKM Bangi sebagai buah tangan buat anda...

Sekian...

17 August 2009

Ikatan Terjalin, Kesihatan Terpimpin... Organisasi OPKIM 2009

Ketua Pengarah
Muhammad Alfatih bin Pahrol (FPER/2)

Timbalan Ketua Pengarah I
Mohamad Idrul bin Mohamad Daud (FPER/2)

Timbalan Ketua Pengarah II
Nurul Amilin Bt. Jaafar (FPER/2)

Ketua Setiausaha
Nurul Izzati Bt Hashim (FPER/2)

Setiausaha
Marliana Bt Mohammad (FPER/2)

Pengarah Kewangan I
Yew Shiong Leong (FPER/2)

Pengarah Kewangan II
Nethrah a/p Mathavan (FPER/2)

Sekretariat-sekretariat

Program
Pengarah I : Muhammad Nur Hafiz bin Abdullah (FPER/2)
Pengarah II : Nurul Hamizah Bt Amran (FPER/2)

Protokol
Pengarah I : Muhammad Zulhilmi Akmal B. Zainuddin (FPER/2)
Pengarah II : Wang Say Leng (FPER/2)

Pemasaran
Pengarah I : Trevor Chan Keng Gvan (FPER/2)
Pengarah II : Siti Zuraidah Arshad (FPER/2)
Pengarah III : Dewi Astrid Disimond (FPER/2)












Teknikal
Pengarah I : Tan Hiang Jin (FPER/2)
Pengarah II : Lee Kee Tat (FPER/2)

Tugas-tugas Khas
Pengarah I : Wan Abdul Hannan Bin Wan Ibadullah (FPER/2)
Pengarah II : Nurul Shashida bt Alias (FPER/2)

Perhubungan dan Pengangkutan
Pengarah I : Khoo Hau Wei (FPER/2)
Pengarah II : Muhammad Suhaili b. Muhammad Shueib (FPER/2)











Jamuan & Cenderamata
Pengarah I : Mohd Firdaus bin Ibrahim (FPER/2)
Pengarah II : Emma Nazlin Bt Daman Huri (FPER/2)

Kebajikan, Keselamatan dan Kerohanian
Pengarah I : Muhammad Hazim Bin Shahrum ( FPER/2)
Pengarah II : Nadzirah bt Yahya (FPER/2)

Dokumentasi
Pengarah I : Tan Khai Pin (FPER/2)
Pengarah II : Chun Phoy Cheng (FPER/2)

Klinikal
Pengarah I : Taranjit Singh a/l Ram Singh (FPER/2)
Pengarah II : Law Poh Tse (FPER/2)
Pengarah III : Wong Yi Lian ( FPER/2)
Pengarah IV : Sarinah bt Tamring ( FPER/2)



14 August 2009

Pengenalan OPKIM

Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) merupakan satu program tahunan anjuran Persatuan Mahasiswa/i Perubatan UKM (PERSIAP) yang amat ditunggu-tunggu oleh hampir keseluruhan pelajar fakulti perubatan. Hal ini kerana aktiviti seperti ini mengandungi program-program kemasyarakatan yang memerlukan mahasiswa keluar dari pagar universiti untuk berkhidmat pada masyarakat terutamanya penduduk kampung. Operasi pada kali ini akan disertai seramai 80 orang pelajar fakulti perubatan tahun 2. Sebagai sebuah pusat kecemerlangan ilmu yang berorientasikan pendidikan dan pengetahuan kepada masyarakat, Universiti Kebangsaan Malaysia menyambut baik aktiviti ini dengan memberi sumbangan, khidmat nasihat dan inisiatif kepada pelajar untuk melaksanakannya. Selain itu, aktiviti ini selari dengan objektif hubungan dua hala di antara pelajar dan kelompok sosial tertentu, membantu proses pembelajaran tidak formal kepada para pelajar bagi mematangkan sikap dan pemikiran mereka. Selain itu, ia juga membolehkan hubungan dijalinkan antara pihak universiti dengan masyarakat tanpa mengira taraf hidup, etnik, agama, pendidikan dan budaya. Oleh yang demikian, program ini diharapkan dapat memberi keyakinan kepada para pelajar bagi menghadapi masyarakat luar sekaligus memperaktikkan teori yang dipelajari dan juga dapat mencapai objektifnya.