29 August 2009

Kertas Kerja OPKIM Telah Diluluskan!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pada 24 Ogos yang lepas, timbalan pengarah I OPKIM, saudara Idrul, telah membuat kunjungan ke PPUKM bersama kereta Myvinya untuk mengambil kertas kerja OPKIM yang akhirnya telah disahkan oleh timbalan dekan akademik, Prof Zaleha Mahdy. Setelah bekerja keras selama berminggu-minggu menyiapkan kertas kerja tersebut, kegembiraannya tidak dapat disembunyikan lagi...

Setelah itu, beliau terus ke UKM Bangi dengan hasrat hendak menyerahkan kertas kerja tersebut ke Pusat Perkembangan Pelajar (PPP). Walaubagaimanapun, kertas kerja itu direject atas beberapa sebab, iaitu kekurangan surat memohon kelulusan dan sumbangan PPP dan kekurangan tandatangan Yang Di-Pertua PERSIAP. Maka dengan rasa kecewanya, saudara Idrul terus berpatah balik pulang ke KTSN.

Diharap untuk program-program yang akan datang, sediakan surat memohon kelulusan dan ada tandatangan YDP PERSIAP terlebih dahulu sebelum pergi Bangi. Kalau tak, buat penat je. Namun, kami sempat mengambil beberapa gambar di UKM Bangi sebagai buah tangan buat anda...

Sekian...

0 comments: